awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BERSATU alu-alukan kemasukan 'wanita besi' ke dalam parti - Mukhriz

Bernama
Bernama
09/11/2018
06:02 MYT
BERSATU alu-alukan kemasukan 'wanita besi' ke dalam parti - Mukhriz
Selamat datang ke BERSATU, Rafidah! - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengalu-alukan hasrat bekas pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, yang mahu menyertai parti berkenaan.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang pernah digelar sebagai 'wanita besi' negara itu mengenai hasratnya menyertai Bersatu, adalah suatu berita yang mengembirakan kepada parti.
"Ini satu berita gembira....sangat dialu-alukan kerana kita lihat agak ramai bekas-bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara, mempunyai 'track record' yang begitu cemerlang, yang memahami perjuangan Bersatu serta Pakatan Harapan, dan buat keputusan untuk menyertai kami malah meninggalkan parti lama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada 110 pelajar sekitar parlimen Jerlun yang layak melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi seluruh negara.
Rafidah dilapor membuat kenyataan itu di ibu negara semalam di mana beliau mengakui sudah memaklumkan hasratnya itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu, namun masih belum mengisi borang keahlian.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Mukhriz Mahathir
#Perdana Menteri
#Rafidah Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan