awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2024
07:31 MYT
Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan. - Gambar fail/Sinar Harian
KOTA BHARU: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.
Beliau berkata, kekosongan itu berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang kehilangan keahlian dalam Bersatu seterusnya berlaku kekosongan luar jangka di kerusi berkenaan.
"Kita memang menjangkakan perkara ini berlaku selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti yang berkuatkuasa 1 April lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurut beliau, sebelum ini pimpinan atasan parti sudah menghantar notis dan pemakluman kepada Mohd Azizi mengikut peraturan sewajarnya.
Berkenaan dakwaan Mohd Azizi yang mahu mengambil tindakan undang-undang, Kamaruddin memberitahu, perkara itu merupakan hak Mohd Azizi.
"Itu memang hak beliau untuk mengambil tindakan tetapi tidak akan menghalang proses seterusnya kerana parti sudah mengikut peraturan," katanya.
Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan DUN Nenggiri dikosongkan bermula Rabu.
Mohd Amar pada sidang akhbar memberitahu keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu.
Menurut beliau, notis itu memaklumkan mengenai hilang keahlian Bersatu menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kerusi DUN Nenggiri kosong
#Bersatu Kelantan
#Kamaruddin Md Noor
#Mohd Amar Nik Abdullah
#DUN Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan