awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Kelantan teguh di belakang presiden parti

Bernama
Bernama
13/08/2020
03:59 MYT
Bersatu Kelantan teguh di belakang presiden parti
Kelantan mempunyai 14 bahagian Bersatu dengan kira-kira 38,000 ahli daripada 280 cawangan yang masih teguh di belakang kepimpinan presiden parti.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan hari ini menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai ahli atau pemimpin parti di peringkat akar umbi yang bertindak keluar parti mahupun cawangan dibubarkan.
Kelantan mempunyai 14 bahagian dengan kira-kira 38,000 ahli daripada 280 cawangan yang masih teguh di belakang kepimpinan presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Bahagian Pasir Puteh, di sini.
Menurutnya tiada sebab untuk kepimpinan Muhyiddin diganggu-gugat memandangkan beliau telah berjaya membuktikan keupayaannya meneraju parti dan negara mengharungi krisis termasuk ancaman COVID-19.
Kamaruddin juga yakin usaha pihak yang berkenaan untuk memecahbelahkan parti tidak akan berjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akar umbi
#Bersatu
#bubar
#cawangan parti
#COVID-19
#Kamaruddin Md Nor
#Kelantan
#keluar parti
#Muhyiddin Yassin
#pecah belah parti
#presiden
#sokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan