awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN, PH perlu kemuka calon MB jika mahu terajui Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2022
05:18 MYT
BN, PH perlu kemuka calon MB jika mahu terajui Kelantan
MOHD AMAR: "Di Kelantan hanya ada tiga pilihan iaitu Pas, BN atau PH. Semua sudah ada rekod pencapaian. Jadi, buatlah perbandingan." - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu berani mengemukakan calon Menteri Besar Kelantan sekiranya serius ingin menumbangkan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu membolehkan rakyat membuat pilihan tepat parti yang layak menerajui tampuk pentadbiran negeri pada masa depan.
“Dari segi demokrasi rakyat ada hak untuk memilih, kerajaan negeri tiada hak untuk menyekat.
Tetapi sebelum membuat keputusan rakyat kena tengok jika mereka (pengundi) tidak suka kepada Pas, nak tukar kerajaan nak bagi kepada siapa.
"Sebab di Kelantan hanya ada tiga pilihan iaitu Pas, BN atau PH.
"Semua ini sudah ada rekod (pencapaian) termasuklah Pas, jadi buatlah perbandingan," katanya selepas mengulas rakaman video tular mengenai persoalan dilontarkan berkait isu siapa layak mentadbir Kelantan.
Menurutnya, sebelum membuat apa-apa keputusan rakyat mesti jelas mengenai calon-calon menteri besar bagi memudahkan penilaian dibuat dengan peneraju negeri ketika ini.
"Jika tiada pilihan menteri besar yang ditawarkan untuk menerajui Kelantan bagaimana rakyat hendak buat pemilihan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, parti itu masih lagi berusaha dan berharap kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) dapat terus dipertahankan sehingga PRU15.
Katanya, bagaimanapun Pas sedia berdepan UMNO jika mereka terus berkeras untuk meninggalkan MN. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#calon Menteri Besar Kelantan
#Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan