awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2022
02:30 MYT
BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (kiri) percaya BN adalah platform terbaik sebagai penyatu pelbagai kaum, generasi dan kumpulan dalam negara. -Twitter Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz percaya Barisan Nasional (BN) adalah platform terbaik sebagai penyatu pelbagai kaum, generasi dan kumpulan dalam negara.
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saya ucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional dan BN Selangor di atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor.
"Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan.
"Sebagai orang baharu dalam politik, sudah tentu saya memerlukan kerjasama dan perkongsian pengalaman daripada pucuk pimpinan dan rakan-rakan BN.
"Ribuan terima kasih sekali lagi kepada BN Selangor dan seluruh pucuk pimpinan Barisan Nasional atas kepercayaan yang diberikan ini.
"Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Isnin.
Pada Ahad, BN Selangor mengumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunos yang dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.
BACA: Jamal sedia lepas jawatan Bendahari BN Selangor kepada Tengku Zafrul
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Bendahari BN Selangor
#Jamal Yunos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan