awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bukan hanya penjenamaan, tapi pengisian hala tuju parti selepas ini"

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2018
16:05 MYT
"Bukan hanya penjenamaan, tapi pengisian hala tuju  parti selepas ini"
ZAHID: Pembersihan dalaman parti UMNO perlu dilakukan secepat mungkin. - Astro AWANI
Pembersihan dalaman parti UMNO perlu dilakukan secepat mungkin, tegas pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kata beliau, fokusnya bukan hanya penjenamaan tetapi mengukuhkan lagi pengisian hala tuju parti slepeas ini.
“Saya harap rakan-rakan saya yang menjadi Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua-ketua Pergerakan dan Majlis Tertinggi, adalah merupakan suatu kumpulan pemimpin yang telah diputuskan atau akan diputuskan pada 30 Jun kelak, yang harus bersama saya untuk menggarap seluruh kekuatan minda dan segala tenaga bagi bukan hanya menjenamakan UMNO dan sebuah entiti komposisi sebuah parti yang lebih besar yang menggabungkan parti-parti lain, tapi yang penting ialah pengisian kepada penjenamaan itu,” ujarnya.
Antara fokus penjenamaan itu adalah tentang dua perkara – iaitu isu politik wang dan ‘warlord’.
Faktor sama katanya telah membinasakan UMNO hingga ia pernah terbatal 40 tahun lalu.
Cara terbaik tangani isu terbabit, menstrukturkan semula cara pemilihan UMNO.
"Apabila struktur pemilihan bertukar dari pengundian dijalankan semasa perhimpunan Agung kepada memberi kuasa kepada perwakilan yang dipilih dari cawangan-cawangan untuk memilih cara serentak pada hari sama dan 191 baahgian terlibat untuk memilih pimpinan atasan, maka kita harapkan politik wang tidak lagi berlaku, tetapi mungkin masih ada berlaku.
"Jika budaya ini dapat dibersihkan 100% saya fikir, kepercayaan rakyat dan ahli-ahli UMNO akan kembali dengan segera,” tambahnya lagi.
Dalam temubual itu juga, Zahid mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi dan jentera parti UMNO dan juga Barisan Nasional atas sokongan bantuan dalam memenangi 79 kerusi pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pemilihan UMNO
#presiden
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan