awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan saya seksis - Muhammad Sanusi

Bernama
Bernama
12/11/2022
21:30 MYT
Bukan saya seksis - Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi mengakui dalam sesetengah keadaan, wanita lebih ke hadapan berbanding lelaki dengan mengambil contoh bilangan wanita yang melanjutkan pengajian tinggi berbanding lelaki. - Gambar fail/Facebook Muhammad Sanusi Md Nor
JITRA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertahan kenyataan dibuatnya yang didakwa mempertikai keupayaan calon wanita untuk menjadi Ahli Parlimen Sik, baru-baru ini.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu berkata kenyataannya itu dibuat dalam konteks geografi dan geopolitik di Parlimen itu yang memerlukan seorang Ahli Parlimen lelaki untuk mewakilinya.
"Ceramah saya itu dalam dialek kampung saya, ceramah itu dalam konteks Sik dengan geografi, sosioekonomi, sosiobudaya, geopolitik, bentuk muka bumi, sikap penduduk, kawasan luar bandar, kawasan hutan dan mempunyai jarak jauh.
"Kesesuaian calon yang hendak diundi di Sik itu ialah calon lelaki. Itu satu hakikat, bukan saya seksis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di program Ceramah Umum Pilihan Raya ke-15 Perikatan Nasional di Padang Sera dekat sini malam tadi.
Ditanya mengenai desakan pihak tertentu agar beliau meminta maaf berhubung kenyataan itu, Muhammad Sanusi berkata pihak tersebut perlu memahami dialek Sik.
Bagaimanapun, beliau mengakui dalam sesetengah keadaan, wanita lebih ke hadapan berbanding lelaki dengan mengambil contoh bilangan wanita yang melanjutkan pengajian tinggi berbanding lelaki.
Muhammad Sanusi dalam siri ceramahnya sebelum ini dilapor mempertikai keupayaan wanita untuk menjadi Ahli Parlimen di Sik yang kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak yang mengecam kenyataan itu.
Parlimen Sik menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Tarmizi Sulaiman, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Latipah Md Yatim dan Maizatulakmam Othman @ Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Pengerusi PN Kedah itu turut memohon maaf berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir yang dilapor menyatakan mengundi BN dan PH pada PRU15 akan masuk ke neraka.
"Pemuda Pas itu pun dah minta maaf, dia terlanjur dia kata dia dah minta maaf. Saya pun tengok video itu. Saya rasa banyak orang yang melakukan kesilapan sepanjang hidup kita ini dan Alhamdulillah masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang pemaaf," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#seksis
#PRU15
#calon wanita untuk Parlimen Sik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan