awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tempoh 2 penggal jawatan Presiden UMNO terlalu singkat - Khairy

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
08/12/2015
08:20 MYT
Cadangan tempoh 2 penggal jawatan Presiden UMNO terlalu singkat - Khairy
KHAIRY: Ia terlalu singkat. Tiada masa yang cukup untuk menjalankan polisi yang diperlukan. -Gambar fail
Cadangan untuk menghadkan tempoh jawatan Presiden UMNO kepada dua penggal adalah terlalu singkat, kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.
"Ia terlalu singkat. Kalau satu penggal tiga tahun, dua penggal hanyalah enam tahun.
"Tiada masa yang cukup untuk menjalankan polisi yang diperlukan," kata Khairy Jamaluddin.
Beliau diminta mengulas cadangan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa had tempoh memegang jawatan Presiden patut dihadkan kepada hanya dua penggal.
Tambah beliau, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan tetapi satu tempoh yang lebih lama perlu diberi kepada sesiapa yang menjadi Presiden.
Beliau ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama perwakilan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Muhyiddin dalam ucapannya pada satu majlis di Kampung Baru pada Isnin malam mencadangkan UMNO mengehadkan tempoh jawatan presiden parti itu kepada dua penggal.
Khairy, bagaimanapun, menegaskan bahawa tempoh memegang jawatan utama itu boleh dibincangkan supaya lebih munasabah bagi membolehkan Presiden UMNO melunaskan pelbagai perancangan.
Topic Berkaitan
#dua penggal
#jawatan presiden
#Khairy Jamaluddin
#Muhyiddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan