awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon dinasihat tidak jarakkan diri dengan media - Dr Jeniri

Malissa Sahari
Malissa Sahari
06/05/2018
23:00 MYT
Calon dinasihat tidak jarakkan diri dengan media - Dr Jeniri
Menurut Dr Jeniri Amir, peluang terbabit harus diguna pakai oleh calon kerana hakikatnya mereka harus mesra media. - Foto Astro AWANI/Malissa Sahari
Calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum nanti dinasihat tidak menjarakkan diri dari media konvensional.
Sebaliknya, menurut penganalisis politik, Dr Jeniri Amir, peluang terbabit harus diguna pakai oleh calon kerana hakikatnya mereka harus mesra media.
Katanya, adalah sesuatu yang mengejutkan untuk mana-mana calon membina benteng dengan pihak media.
Berdasarkan kajian beliau menerusi media dan politik, televisyen masih relevan dan merupakan saluran utama khususnya kepada penduduk di luar bandar.
"Televisyen, media terbaik mengemukakan gagasan dan komitmen janji mereka kerana hanya melalui media maklumat yang sepatutnya betul disampaikan kepada pengundi.
"Sesuatu yang mengejutkan untuk mana-mana calon membina benteng dengan media kerana ini saya fikir bukan sikap yang betul dalam komunikasi," kata Dr Jeniri.
Jelasnya, berdasarkan falsafah perjungan parti, politik yang diperjuangkan calon-calon adalah bagaimana interaksi mereka bersama media.
"Kita harus mengambil kesempatan itu dengan baik, yang telah dihidangkan untuk menjelaskan gagasan, membukakan idea-idea dan memperkenalkan diri khususnya kepada calon yang baharu pertama kali bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Dr Jeniri yang merupakan Pensyarah Program Kajian Komunikasi di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UMS) memberitahu, adalah merugikan jika ada di antara calon, menteri dan pemimpin yang menolak media di saat saat begini, iaitu pilihan raya.
"Tidak mengejutkan sebahagiannya orang tiada kesempatan pun berdamping secara rapat dengan calon, pemimpin dan menteri, tetapi media itu (memainkan peranan) sebagai satu alat yang efektif, berupaya untuk merapatkan diri mereka dengan rakyat yang diwakili," katanya lagi.
Justeru, tambah beliau, perkara ini menjadi pengukur kepada pengundi untuk memilih calon mana yang layak dipilih pada 9 Mei kelak.
Topic Berkaitan
#9 Mei
#calon calon
#Dr Jeniri Amir
#Media Konvensional
#menteri
#pemimpin
#penganalisis politik
#pengundi
#pilihan raya umum
#televisyen
#Unimas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan