awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon terbaik ganti PM perlu dari PN, UMNO - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2021
06:24 MYT
Calon terbaik ganti PM perlu dari PN, UMNO - Penganalisis
Kata Ahmad Marthada, kerajaan perlu diteruskan dengan melantik perdana menteri interim sebelum ada pihak yang boleh mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk mentadbir negara. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Calon terbaik yang akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya beliau meletakkan jawatan perlu datang sama ada dari pemimpin kanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau individu dalam UMNO sendiri.
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia Prof Ahmad Marthada Mohamed berkata, ia tidak mustahil kerana nama-nama yang diketengahkan sebelum ini seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dalam kalangan mereka yang berpengalaman.
"Nama-nama yang telah diketengahkan sebelum ini seperti Hishammuddin dan Ismail Sabri, mereka ini nama-nama yang mempunyai pengalaman dan diterima oleh kepimpinan UMNO sendiri.
"Jadi, senario nama yang mungkin akan dicalon bagi menggantikan perdana menteri adalah nama-nama yang terdiri daripada pemimpin kanan UMNO dan jika sekiranya ini berlaku saya tidak berasakan bahawa 15 atau 14 pemimpin UMNO yang sebelum ini tidak menyokong Muhyiddin maka mereka pasti akan menyokong.
"Itulah ketetapan yang dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO juga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Jadi senario bahawa mungkin pelantikan dari UMNO sangat-sangat tinggi," katanya semasa sidang secara maya pada Ahad.
BACA: Kerajaan minoriti tidak terkandung dalam Perlembagaan - Azalina
BACA: Untuk selesaikan kemelut politik, semua parti Melayu Bumiputera kena bersama - Annuar Musa
[INFOGRAFIK] Kedudukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Setakat 12 Ogos 2021)
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.
Menurutnya, perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Bersatu dalam satu mesyuarat pada pagi Ahad.
Dalam pada itu kata Ahmad Marthada, kerajaan perlu diteruskan dengan melantik perdana menteri interim sebelum ada pihak yang boleh mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk mentadbir negara.
Ujarnya, ia sekali gus dapat mengelakkan gangguan kepada kestabilan ekonomi selain memastikan kelancaran dasar kerajaan yang diluluskan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#ekonomi
#UMNO
#PM
#Melayu
#Parlimen
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan