awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Campur tangan kehakiman: Tubuh RCI patut mula semalam - Peguam

Fauzi Zin
Fauzi Zin
20/02/2019
10:59 MYT
Campur tangan kehakiman: Tubuh RCI patut mula semalam - Peguam
Mohamed Haniff berkata RCI itu perlu ditubuhkan melalui satu jawatankuasa khas dan sepatutnya ia ditubuhkan semalam, iaitu 19 Februari 2019. - foto Facebook Haniff Khatri
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan campur tangan badan kehakiman perlu ditubuhkan lebih awal bagi menjalankan siasatan susulan pendedahan afidavit yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, baru-baru ini.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata RCI itu perlu ditubuhkan melalui satu jawatankuasa khas dan sepatutnya ia ditubuhkan ‘semalam’, iaitu 19 Februari 2019.
“Kita tak perlu khuatir, malah perlu yakin kepimpinan (kerajaan) sekarang cuba sedaya upaya untuk mengasingkan kuasa antara eksekutif, Parlimen dan kehakiman.
“Kita rakyat perlu tampil (beri tahu) apa masalah yang wujud!” katanya dalam sesi temu bual dalam program Agenda AWANI pada selasa.
Menurutnya, beliau berpandangan tindakan hakim Mahkamah Rayuan itu yang membuat pendedahan melalui affidavit itu memandangkan Datuk Dr Hamid Sultan yakin terhadap ketulusan pentadbiran di bawah teraju Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita perlu segera (menubuhkan RCI) dan jangan lengahkan. Kalau boleh RCI ditubuhkan melalui special task force semalam," katanya lagi.
Sebelum ini, tular afidavit 63 muka surat yang mendedahkan maklumat terperinci dan mengejutkan berhubung beberapa insiden campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia.
Ini termasuk dakwaan campur tangan dalam keputusan rayuan kes di bawah Akta Hasutan bekas Pengerusi Kebangsaaan DAP mendiang Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.
Topic Berkaitan
#afidavit
#Agenda Awani
#hakim
#kerajaan
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#rakyat
#RCI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan