awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chow Kon Yeow jadi pilihan paling wajar ambil alih jawatan Lim Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2016
01:15 MYT
Chow Kon Yeow jadi pilihan paling wajar ambil alih jawatan Lim Guan Eng
Chow yang turut hadir pada majlis itu berkata beliau sentiasa percaya bahawa keputusan itu terserah kepada parti dan pada masa ini, ia masih terlalu awal untuk memutuskan apa-apa mengenainya. - Gambar fail
Teka-teki siapa pilihan yang paling wajar Lim Guan Eng untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri hampir terjawab hari ini.
Lim berkata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan beliau jika apa-apa berlaku ke atasnya.
Lim bagaimanapun berkata, semuanya terserah kepada parti untuk membuat keputusan sama ada Chow adalah orang yang akan menggantikan beliau.
"Jadi jika apa-apa berlaku kepada saya, saya fikir keputusan muktamad akan diputuskan oleh parti tetapi Chow pasti menjadi pilihan semula jadi saya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Majlis Perbandaran Seberang Prai di sini hari ini.
Chow selaku Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan banjir negeri telah disebut-sebut untuk menggantikan Lim sebagai Ketua Menteri jika Lim didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.
Sementara itu, Chow yang turut hadir pada majlis itu berkata beliau sentiasa percaya bahawa keputusan itu terserah kepada parti dan pada masa ini, ia masih terlalu awal untuk memutuskan apa-apa mengenainya.
"Kita perlu memberi respon kerana ia mendapat perhatian media, jadi saya rasa ini adalah respon yang kita boleh berikan," katanya.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow jadi pilihan semula jadi Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan