awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2018
01:53 MYT
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, walaupun parti masih berkecamuk setelah mengalami kejutan PRU14 lalu, ahli harus meneruskan perjuangan walau dalam apa jua keadaan. - Gambar fail
Ahli UMNO wajar mencontohi semangat juang Pas yang tidak mudah luntur walaupun bergelar pembangkang sejak sekian lama.
Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Menurutnya, kekalahan lalu bukan menyebabkan UMNO hilang segalanya, namun ahli harus bangkit membuktikan parti itu masih miliki kekuatannya.
“UMNO dan Pas adalah parti pembangkang, Pas ada pengalaman dan kita kenalah belajar daripada mereka untuk jadi ‘ayam kampung’ yang tak pernah hilang semangat.
"Jangan terlalu runsing bila kalah sehingga sertai parti lawan,” katanya, ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, semalam.
Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, walaupun parti masih berkecamuk setelah mengalami kejutan PRU14 lalu, ahli harus meneruskan perjuangan walau dalam apa jua keadaan.
“Ini kali kedua kita jadi pembangkang di Kedah, kita harus terima walaupun masih bersedih namun harus segera bangkit.
"Pemuda harus terus menjadi harapan bangsa untuk teruskan perjuangan parti. Ada juga yang lari ke parti lawan sebab tiada semangat juang selain mahu cari kepentingan diri,” katanya.
Menurutnya, keadaan yang berbeza itu akan menyebabkan ahli parti mengubah minda dan persepsi dengan menjadi ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan.
“Dulu kita berkuasa, sekarang hilang kuasa, mana yang tidak betul kita harus berani suarakan,” katanya dalam ucapan itu, yang terakhir sebelum mengundurkan diri setelah tidak mempertahankan jawatan pada 30 Jun ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#juang
#Kedah
#PAS
#pembangkang
#PRU14
#semangat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan