awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan sekat jadi perdana menteri sekadar tafsiran media - Anwar

Bernama
Bernama
29/10/2018
20:52 MYT
Cubaan sekat jadi perdana menteri sekadar tafsiran media - Anwar
Ditanya sama ada penyertaan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu akan memberi kesan yang baik, Anwar berkata, perkara itu perlu dinilai dan dibincangkan. - Gambar fail
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan terdapat kegiatan 'melamar' Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghalang perjalanannya menjadi Perdana Menteri kelapan sekadar tafsiran media.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau tidak mempunyai sebab bagi meragui perjanjian serta persefahaman antara pimpinan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).
"Terima kasihlah prihatin tentang perjalanan saya...tapi saya tidak fikir ini semua (konspirasi) berlaku. Ini semua bacaan dan tafsiran media...sesuatu yang besar bahawa konspirasi akan berulang daripada tahun 1998 itu hanya tafsiran media," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.
Media melaporkan ada dalam kalangan pemimpin UMNO pada Ahad menyifatkan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin bahawa kira-kira 40 Ahli Parlimen parti itu akan menyertai parti Bersatu sebagai satu konspirasi untuk menyekat perjalanan politik Anwar.
BACA: Tok Mat mahu siasat dakwaan 40 MP keluar UMNO
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan A. Kadir.
Ditanya sama ada penyertaan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu yang merupakan parti gabungan PH akan memberi kesan baik, ujar Anwar perkara itu perlu dinilai dan dibincangkan.
"Seperti mana yang disebut oleh Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), teliti dahulu dan bincang bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#40 Ahli Parlimen
#A Kadir Jasin
#Anwar Ibrahim
#Bersatu
#keluar UMNO
#konspirasi
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri kelapan
#perjalanan politik
#perjanjian
#persefahaman
#sekat
#tafsiran media
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan