awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dahulu Azam Baki ditentang, kini kenapa lanjutkan pula kontrak?- Armada Bersatu

Fareez Azman
Fareez Azman
12/05/2023
06:19 MYT
Dahulu Azam Baki ditentang, kini kenapa lanjutkan pula kontrak?- Armada Bersatu
Dakwa Wan Ahmad Fayhsal, sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan antara yang kuat menentang Azam Baki termasuk dengan turun ke jalanan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan tindakan kerajaan melanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Dakwanya, sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan antara yang kuat menentang Azam Baki termasuk dengan turun ke jalanan.
"Ini dah kali kelima dan keenam saya buat laporan polis dan buat sidang media. Hal sama melibatkan SPRM yang mana kita tahu kontrak Azam Baki disambung semula satu tahun agak mengejutkan, kerana kita tahu golongan yang menentang Azam Baki itu ialah Perdana Menteri.
"Turun ke jalan raya berhimpun dengan menteri-menteri yang ada termasuk Rafizi Ramli yang benar-benar menentang Azam Baki. Tapi kali ini semua pertuduhan, tohmahan, dakwaan kepada Azam Baki dibersihkan akibat pelanjutan kontrak tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Jumaat.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan tempoh perkhidmatan Azam sebagai ketua SPRM dilanjutkan setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei.
Azam dilantik mengetuai SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Topic Berkaitan
#SPRM
#Perdana Menteri
#Azam Baki
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan