awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat hanya gimik politik Najib, mahu sentiasa diperkatakan - Penganalisis

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
22/05/2019
20:00 MYT
Debat hanya gimik politik Najib, mahu sentiasa diperkatakan - Penganalisis
Hamidin berpendapat, Najib mahu memastikan beliau masih lagi menjadi satu topik atau personaliti yang terus-terusan diperkatakan oleh rakyat. - Gambar fail
Debat merupakan satu amalan baik dalam sistem demokrasi dan kematangan politik namun ia perlu dilaksanakan dalam kerangka yang lebih jelas, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.
Beliau berpendapat, debat di antara veteran DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak, sekiranya diadakan, hanya untuk kepentingan politik.
Malah, pada pandangannya, debat yang dirancang berlangsung selepas Ramadan ini hanya gimik politik Najib yang kini berdepan kes mahkamah.
"Debat ini lebih kepada gimik politik, terutama kepada Najib yang kini berdepan kes mahkamah. Beliau cuba mendapatkan dan memastikan perhatian terhadapnya sentiasa berada di tahap yang dimahukan.
"Najib mahu memastikan beliau masih lagi satu topik, satu individu dan satu personaliti yang masih diperkatakan rakyat," katanya kepada Astro AWANI.
Debat di antara dua tokoh politik ini dijangka diadakan susulan Najib yang mencabar Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berbuat demikian.
Cabaran itu disahut Lim yang kemudiannya menetapkan isu kleptokrasi sebagai tajuk.
BACA: Fokus isu lebih penting dari debat Najib, Kit Siang - C4
Najib bersetuju dengan tajuk tersebut dan meminta supaya topik-topik lain juga turut dibenarkan untuk disentuh.
Namun, ramai pemerhati politik menjangkakan debat di antara dua tokoh ini akan dibatalkan pada saat akhir.
Topic Berkaitan
#debat
#Dr Hamidin Abd Hamid
#gimik
#gimik politik
#kleptokrasi
#Lim Kit Siang
#Najib Razak
#penganalisis politik
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan