awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa tipu Agong, Zahid serah kepada polis siasat Papagomo

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
01/07/2023
08:31 MYT
Didakwa tipu Agong, Zahid serah kepada polis siasat Papagomo
Ahmad Zahid (tengah) melambai tangan semasa hadir pada Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pantai Penunjuk Kijal, hari ini. - Foto BERNAMA
KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap Papagomo yang mendakwanya menipu Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).
Presiden UMNO itu berkata susulan itu laporan polis juga telah dibuat berhubung dakwaan berkenaan semalam.
Justeru beliau berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap pembohongan dan penipuan fakta yang yang dilakukan oleh bekas Exco Pemuda UMNO itu berhubung isu berkenaan.
“Saya harap polis mengambil tindakan terhadap pembohongan yang dilakukan oleh beliau dan penipuan terhadap fakta yang sebenarnya.
“Apa yang telah kita lakukan adalah mengikut titah Tuanku Agong dan juga mengikut tatacara pembentukan sebuah kerajaan ketika itu, dimana pihak PH ketika itu ada 82 kerusi dan BN ada 30 kerusi. Maka ianya mencukupkan jumlah 112 yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan, mengikut titah Tuanku Agong,” katanya.
Beliau berkata demkian selepas Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pantai Penunjuk, Kemaman, pada Sabtu.
Terdahulu, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri dalam satu siaran ‘live’ dilaporkan membuat tuduhan mengenai Ahmad Zahid yang didakwa telah menipu yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#hina Agong
#Papagomo
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan