awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina harap kepimpinan baharu Wanita PKR mampu terjemah semangat 'Kita Keadilan'

Bernama
Bernama
23/05/2025
14:51 MYT
Fadhlina harap kepimpinan baharu Wanita PKR mampu terjemah semangat 'Kita Keadilan'
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fadhlina Sidek berharap kepimpinan baharu sayap itu mampu menterjemah semangat 'Kita Keadilan' yang diperjuangkan parti. - Foto Facebook Fadhlina Sidek
JOHOR BAHRU: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fadhlina Sidek berharap kepimpinan baharu sayap itu mampu menterjemah semangat 'Kita Keadilan' yang diperjuangkan parti.
Menteri Pendidikan itu berkata kepimpinan baharu juga perlu menyelesaikan segala salah faham dan buruk sangka antara satu sama lain di dalam PKR demi kelangsungan parti.
"Kehadapan ini, fokusnya adalah memperkukuh parti dan memperteguh ideologi... beri tumpuan terhadap program serta aktivisme dalam parti.
"Insya-Allah, siapa pun yang dilantik, kita harap meneruskan program-program dan berikan sentuhan yang lebih baik daripada apa yang kita ada termasuk melihat semula modul-modul SWAN (Sekolah Wanita Keadilan), begitu juga dengan program-program MADANI yang memberi impak cukup besar kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR Ke-18 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Danga Bay di sini hari ini.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga berharap kepimpinan baharu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mempersiapkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
"Kepimpinan baharu perlu diberikan masa dan tumpuan kerana kita ada masa yang sangat-sangat penting untuk membina parti sebelum masuk pilihan raya," katanya.
Fadhlina, yang mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan kali ini, turut menzahirkan penghargaan kepada semua perwakilan dan barisan kepimpinan yang telah banyak membantu beliau ketika menerajui sayap itu.
Pemilihan Ketua Wanita menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina dengan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita PKR
#Fadhlina Sidek
#Kita Keadilan
#kepimpinan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan