awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah TPM, empat lagi Ahli Parlimen GPS sertai Kabinet Kerajaan Perpaduan

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2022
12:53 MYT
Fadillah TPM, empat lagi Ahli Parlimen GPS sertai Kabinet Kerajaan Perpaduan
Fadillah menjadi Ahli Parlimen pertama dari Borneo yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekali gus mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen pertama dari Sarawak yang menyandang jawatan berprofil tinggi berkenaan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, sekitar pukul 8.15 malam tadi.
Fadillah, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut dipertanggungjawab untuk memegang jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi.
Beliau sebelum ini memegang jawatan Menteri Kerja Raya di bawah pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Kabinet Perpaduan | Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh Perdana Menteri
Fadillah mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan majoriti 41,363 undi menewaskan pencabar terdekatnya, Sopian Julaihi dari Pakatan Harapan (PH).
Selain Fadillah, empat lagi Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyertai kabinet kerajaan perpaduan ialah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang dilantik Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Nancy Syukri (Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat), Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan) dan Datuk Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara).
LIHAT KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
Untuk rekod GPS dalam PRU15, menang di 23 kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, meningkat empat kerusi berbanding PRU14.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan