awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR

Bernama
Bernama
13/04/2024
05:29 MYT
Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR
Fahmi (foto) berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kononnya berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke dalam akaun parti itu.
Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.
"Ada individu muat naik posting (hantaran) palsu dan fitnah yang amat jijik. KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, dan akaun berkenaan diaudit juruaudit bertauliah.
"Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun KEADILAN," katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera terhadap individu yang menyebarkan dakwaan terbabit.
Dakwaan itu dibuat oleh individu bernama Sabrizan Salleh yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#PKR
#wang royalti
#Kelantan dan Terengganu
#akaun parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan