awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus ahli politik jaga kebajikan rakyat, bukan berebut jawatan - Wan Saiful

Bernama
Bernama
16/10/2020
12:24 MYT
Fokus ahli politik jaga kebajikan rakyat, bukan berebut jawatan - Wan Saiful
Fokus ahli politik seharusnya menjaga kebajikan rakyat, bukannya berebut jawatan, kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Fokus ahli politik seharusnya menjaga kebajikan rakyat, bukannya berebut jawatan atau sengaja merosakkan kestabilan dan ekonomi negara, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata terdapat ahli politik tertentu yang sememangnya mahu merebut kuasa politik dan percaya tindakan itu adalah bertentangan dengan apa yang dikehendaki majoriti rakyat hari ini.
"Kita melihat dua ahli politik veteran yang telah sekian lama mengidamkan jawatan Perdana Menteri cuba mencipta krisis baharu tatkala Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan nasib rakyat.
"Ada juga oportunis yang mengambil peluang membawa undi tidak percaya kepada Perdana Menteri... sepatutnya kita memerangi COVID-19 dengan mewujudkan kesatuan politik rentas parti, bukan mencipta perpecahan untuk faedah peribadi," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Saiful berkata Perdana Menteri telah menunjukkan contoh terbaik dengan memberi fokus menjaga kebajikan rakyat serta memastikan ekonomi negara dapat dibina dengan penuh integriti dan komitmen.
"Bersatu menjunjung kasih atas titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang menasihati rakyat khususnya ahli-ahli politik agar bermuhasabah supaya negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli politik
#Wan Saiful Wan Jan
#Bersatu
#Ketua Penerangan Bersatu
#berebut jawatan
#kebajikan rakyat
#ekonomi
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan