awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Formula kemenangan boleh dicapai menerusi perpecahan dalam PN' - Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2021
09:32 MYT
'Formula kemenangan boleh dicapai menerusi perpecahan dalam PN' - Guan Eng
Menurut Guan Eng, DAP tidak gusar melihat keakraban politik antara Pas dan UMNO. - Gambar fail/BERNAMA
BENTONG: Formula kemenangan Pakatan Harapan (PH) boleh dicapai dengan perpecahan yang berlaku dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Pahang di sini pada Ahad.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, PH dan DAP harus merangka formula kemenangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
“Kita harus menyatukan semua rakyat Malaysia yang mahu mempertahankan demokrasi berparlimen dan menghentikan PN daripada menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal,” katanya.
Ujarnya, perpecahan terbuka di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin buruk sehingga kedua-dua parti saling mencabar untuk bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen.
Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen berkenaan, Guan Eng turut menyeru ahli-ahli PH supaya terus bersatu.
"Sama ada mereka akrab atau tidak, sama ada akrab atau sebaliknya, sama ada mereka pecah atau sebaliknya, ini ialah masalah keluarga mereka.
"Kita (PH) kena bersatu, kalau kita terus bersatu saya rasa peluang Pakatan Harapan (kembali memerintah) masih ada," tegasnya.
Mengulas lanjut mengenai slogan 'No DAP dan NO Anwar', Guan Eng berkata, ia bukanlah sesuatu mengejutkan kerana kini parti Bersatu pula dikritik malah terdapat segelintir pemimpin UMNO terang-terangan menolak parti pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
"Sekarang tambah (satu lagi) No Bersatu. Ini yang sekarang dilihat mereka lebih menumpukan perhatian (kritik) Bersatu. Tengoklah dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) kebanyakan masa sasarannya adalah parti Bersatu. Itu masalahkeluarga mereka, saya tidak mahu campur tangan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Muhyiddin Yassin
#UMNO
#PAS
#DAP
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#Bersatu
#PAU2020
#politik
#Malaysia
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan