awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fuziah Salleh Pengerusi Pakatan Harapan Pahang baharu

Bernama
Bernama
13/03/2019
07:56 MYT
Fuziah Salleh Pengerusi Pakatan Harapan Pahang baharu
Pelantikan Fuziah adalah bagi menggantikan pengerusi terdahulu Datuk Fauzi Abdul Rahman. - Gambar fail
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, berkuatkuasa hari ini. Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan media di sini hari ini, berkata pelantikan Anggota Parlimen Kuantan itu adalah bagi menggantikan pengerusi terdahulu Datuk Fauzi Abdul Rahman. Katanya, pelantikan Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 10 Mac sebelum disahkan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Mac lalu. "Majlis Presiden PH mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan jayanya kepada Fuziah," katanya. Saifuddin menambah mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Fauzi kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai pengerusi PH Pahang pertama.
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#Jabatan Perdana Menteri
#Kuantan
#Malaysia Baharu
#Mesyuarat Majlis Presiden PH
#Pahang
#Pakatan Harapan
#PH Pahang
#PKR
#Tun Dr Mahathir Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan