awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabungan baharu Johor tiada sokongan majoriti - PH Johor

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
27/02/2020
14:08 MYT
Gabungan baharu Johor tiada sokongan majoriti - PH Johor
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata PH Johor lebih layak untuk mentadbir negeri Johor. - Foto Astro AWANI
Pakatan Harapan (PH) Johor mendakwa gabungan baharu daripada Barisan Nasional dan Bersatu tidak mempunyai sokongan majoriti iaitu 28 kerusi daripada 56 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
Pengumuman terbaharu daripada PH Johor itu sekali gus meletakkan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tergantung.
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata PH Johor lebih layak untuk mentadbir negeri Johor.
“Gabungan baharu tiada kelebihan untuk membentuk kerajaan tetapi kami (PH Johor) ada dan layak menerajui kerajaan Johor,” katanya dalam sidang media di sini, Khamis malam.
BACA: Gabungan baharu bentuk kerajaan di Johor - Istana Johor
BACA: UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
BACA: Peletakan jawatan Tun M: Perkara yang dijangka berlaku di beberapa negeri
Sidang media tersebut diturut dihadiri oleh ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full yang sebelum ini dikatakan akan menyertai gabungan baharu namun membuat pusingan-U dan menyokong Pakatan Harapan.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebelum ini berkata gabungan tersebut akan berbincang bagi mencadangkan nama calon Menteri Besar baharu dalam masa terdekat.
Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.
Setakat ini hanya Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang yang mengambil sikap berkecuali dan menunggu arahan dari Bersatu pusat berhubung keputusannya sama ada untuk menyokong PH Johor ataupun gabungan baru di negeri ini.
ADUN Puteri Wangsa itu berkata, beliau menunggu arahan daripada pusat terutamanya daripada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bersatu
#gabungan baharu
#Pakatan Harapan
#Pakatan Harapan Johor
#PH Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan