awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara Dewan kosong, Khairy cadang tukar Mesyuarat Kabinet ke Jumaat

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
18/07/2018
11:16 MYT
Gara-gara Dewan kosong, Khairy cadang tukar Mesyuarat Kabinet ke Jumaat
KHAIRY: 'Saya difahamkan para Menteri ada mesyuarat Kabinet hari ini. Saya cadangkan kepada PM @chedetofficial supaya mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada hari Jumaat sewaktu dewan bersidang untuk menghormati urusan Parlimen.' - Gambar fail
Ahli Parlimen pembangkang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Kerajaan mengadakan Mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat untuk memastikan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keadaan Dewan yang kosong ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membahaskan usul Titah Diraja ketika sesi petang Dewan Rakyat.
Khairy menyuarakan pendapatnya itu menerusi akaun Twitter yang dimuat naik pada petang Rabu.
“Saya difahamkan para Menteri ada mesyuarat Kabinet hari ini. Saya cadangkan kepada PM @chedetofficial supaya mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada hari Jumaat sewaktu Dewan bersidang untuk menghormati urusan Parlimen.
“Ini juga amalan kerajaan dahulu. Apabila Parlimen bersidang, mesyuarat Jemaah Menteri dibuat pada hari Jumaat (Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat). Bila parlimen tidak bersidang, Kabinet boleh bermesyuarat semula pada hari Rabu mengikut convention,” katanya.
Ketua Pembangkang mula ucapan membahas usul Titah YDP Agong. Front bench kerajaan semua kosong. Seorang Menteri pun tidak ada dalam dewan untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang. pic.twitter.com/OQkt4AESwF
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 18, 2018
Saya difahamkan para Menteri ada mesyuarat Kabinet hari ini. Saya cadangkan kepada PM @chedetofficial supaya mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada hari Jumaat sewaktu dewan bersidang untuk menghormati urusan Parlimen.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 18, 2018
Ini juga amalan kerajaan dahulu. Apabila Parlimen bersidang, mesyuarat Jemaah Menteri dibuat pada hari Jumaat (Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat). Bila parlimen tidak bersidang, Kabinet boleh bermesyuarat semula pada hari Rabu mengikut convention.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 18, 2018
Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dalam satu pautan di Twitter peribadinya berkata, para menteri tidak berada di dalam Dewan kerana menghadiri mesyuarat jemaah menteri.
@Khairykj tak tahu kah hari Rabu, jemaah Menteri bermesyuarat, sebab itu Menteri tak ada dlm Dewan ?
— Ngeh Koo Ham (@ngehkooham) July 18, 2018
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Dewan Rakyat
#Khairy Jamaluddin
#kosong
#media sosial
#mesyuarat Kabinet
#Ngeh Koo Ham
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan