awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS mahu komposisi wakil Parlimen lebih kukuh, menang semua kerusi pada PRU15

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
05/05/2022
08:54 MYT
GPS mahu komposisi wakil Parlimen lebih kukuh, menang semua kerusi pada PRU15
Dari sudut yang lebih holistik, kehadiran dan kuasa Sarawak katanya akan lebih terserlah terutama dalam membahaskan tuntutan yang termaktub di dalam Perlambagaan Malaysia.
GEDONG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu membentuk komposisi perwakilan Parlimen yang lebih kukuh untuk terus mempertahankan suara dan hak rakyat Sarawak di peringkat Persekutuan.
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata misi keramat GPS untuk memenangi kesemua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan strategi utama melancarkan perjuangan Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dari sudut yang lebih holistik, kehadiran dan kuasa Sarawak katanya akan lebih terserlah terutama dalam membahaskan tuntutan yang termaktub di dalam Perlambagaan Malaysia.
“Pada pilihan raya nanti (PRU15) yang akan datang kita mesti mempunyai suara yang senada daripada Sarawak dan berharap kalau boleh, kita menang semua 31 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan.
“Maka suara kita akan lebih menyerlah dan kita akan berusaha membangun mengikut lunas perlembagaan Malaysia dan lunas perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan IGC.
“Kita tidak mahu tuntut lebih daripada itu dan tidak juga kurang daripada apa yang termaktub dalam MA63," katanya semasa berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di Hotel Raia pada Khamis.
Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 19 perwakilan daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dengan 13 kerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tiga kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS), dua kerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) dan satu kerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Topic Berkaitan
#PRU15
#GPS menang Parlimen
#Abang Johari Tun Openg
#MA63
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan