awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng jawab dakwaan elaun tok batin Cameron Highlands akan dipotong

Arfa Yunus
Arfa Yunus
17/01/2019
08:57 MYT
Guan Eng jawab dakwaan elaun tok batin Cameron Highlands akan dipotong
Lim yang juga Menteri Kewangan berkata dakwaan tersebut hanyalah penipuan yang dibuat pihak lawan dan elaun sedia ada tetap akan diteruskan. - Foto Bernama
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menepis dakwaan elaun tok batin (ketua kampung) di Cameron Highlands akan dipotong kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Lim yang juga Menteri Kewangan berkata dakwaan tersebut hanyalah penipuan yang dibuat pihak lawan dan elaun sedia ada tetap akan diteruskan.
"Saya hendak jawab satu nota yang dihantar pada saya. Ada meluahkan kebimbangan kononnya pihak lawan telah menakutkan Tok Batin dan bercakap jangan sokong PH sebab kononnya elaun akan dipotong, (kononnya) mendapatkan rawatan di hospital kena bayar, sekolah tiada bantuan, tanah adat akan diambil PH dan bahawa DAP adalah parti komunis.
"Semua ini bohong. Kalau ada pemotongan, pasti saya akan tandatangan surat berkaitan tapi saya tidak tanda tangan apa-apa. Apa yang saya tahu, elaun tetap akan diteruskan," ketika memberi ucapan semasa program Dialog dengan Batin-Batin Pos Betau di sini pada Khamis.
Turut hadir adalah presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh serta Ahli Dewan Negara, Bob Manolan.
PRK Cameron Highlands yang akan menyaksikan pertandingan empat penjuru itu akan diadakan pada 26 Januari, manakala Hari Pengundian Awal pada 23 Januari.
Mewakili Pakatan Harapan adalah M. Manogaran, BN diwakili Ramli Md Noor dan dua calon Bebas lain adalah Wong Seng Yee dan Sallehudin Talib.
Sebelum ini kecoh apabila Bob Manolan dikatakan telah mengugut Tok Batin di Cameron Highlands bahawa elaun mereka akan dipotong sekiranya mereka tidak menyokong PH. Namun Bob baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#DAP
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PKR
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan