awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadkan umur Ketua Pemuda UMNO tidak lebih 40 tahun - Ahmad Shamil

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2021
07:17 MYT
Hadkan umur Ketua Pemuda UMNO tidak lebih 40 tahun - Ahmad Shamil
Menurut Shamil, tiada had umur ditetapkan untuk seseorang individu itu bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika ini. - Foto UMNO Online
KUALA LUMPUR: Had umur Ketua Pemuda UMNO Malaysia perlu diturunkan kepada di bawah 40 tahun seiring memastikan pergerakan itu terus relevan, segar dan muda.
Cadangan itu dikemukakan Ketua Pemuda UMNO Parit, Ahmad Shamil Mohamed ketika berucap pada mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, semalam.
"Bukan seperti sekarang Ketua Pemuda UMNO Malaysia tiada had umur untuk dipertandingkan.
"Survival sayap Pemuda perlu diutamakan dan walaupun perkara ini pernah kita usulkan, kali ini sekali lagi saya mencadangkan agar had umur ahli UMNO bermula pada umur 16 tahun dan diwujudkan kembali Briged Putra," katanya memetik laporan portal UMNO Online.
Malah, beliau pada masa sama berpandangan satu jawatan tertinggi dalam parti perlu diperuntukkan kepada golongan belia parti itu.
"Selain itu jawatan tertinggi parti, contohnya satu kerusi Naib Presiden boleh dibuka ruang untuk mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.
"Baru orang muda tengok UMNO sebuah parti yang relevan kepada orang muda dan memberi peluang kepada orang muda untuk bersama-sama dalam saf kepimpinan parti," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#umur Ketua Pemuda UMNO
#had umur Ketua Pemuda
#meremajakan UMNO
#Ahmad Shamil Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan