awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Konflik Asia Barat: Iran kemuka cadangan akhiri perang, tolak gencatan senjata sementara - IRNA
Kerajaan gabungan baharu Thailand angkat sumpah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas saran rakyat Malaysia supaya bersatu

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
10/12/2015
16:04 MYT
Hamas saran rakyat Malaysia supaya bersatu
KHALED: Kesepaduan dapat mengelak Malaysia dari ancaman luar dan membawa kepada kejayaan negara. - Foto Astro AWANI
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyarankan agar rakyat di negara ini bersatu bagi mengelak dicampur tangan anasir luar.
Beliau berkata, kesepaduan yang dimiliki negara menjadi jaminan kepada pembangunan dan kejayaan yang dikecapi Malaysia.
"Kesepaduan dapat mengelak Malaysia dari ancaman luar dan membawa kepada kejayaan negara.
"Saya menyeru agar semua pihak di Malaysia bersatu bagi mempertahankan kesepaduan yang dimiliki ketika ini" katanya selepas berucap di Program Syarahan Pertubuhan Kebudayaan Palestin (PCOM) di ibu negara pada Khamis.
Menyedari kepentingan perpaduan, Khaled berkata kerajaan Hamas dan Fatah kini bersatu demi mempertahankan bumi Palestin.
Dalam masa yang sama, Hamas turut menolak kewujudan Daish (IS) dan menyifatkan ianya satu keganasan.
Khaled menegaskan perjuangan Hamas adalah bagi menentang kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dan ia sama sekali berbeza dengan tindakan zalim Daish yang membunuh orang awam secara membabi buta.
Sehubungan itu, Khaled berkata Hamas menolak segala aktiviti keganasan kerana ia berbeza dengan perjuangan negaranya yang mempertahankan tanah Palestin dari dicerobohi.
Kedatangan Khaled ke Malaysia adalah bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Khaled Meshaal
#Malaysia
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan