awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti kait nama pemimpin Pas raih populariti

Bernama
Bernama
28/04/2017
06:56 MYT
Henti kait nama pemimpin Pas raih populariti
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sidang media pada program Kuliah Dhuha sempena Muktamar PAS ke-63 di Kolej Islam Darul Ulum hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memberi amaran kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk tidak terus mengaitkan bekas nama pemimpin PAS terutama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semata-mata untuk meraih populariti dan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
Tuan Ibrahim berkata mengaitkan nama pemimpin PAS terutama yang sudah meninggal dunia, menunjukkan parti berkenaan tidak yakin dengan perjuangan mereka sendiri.
"Orang yang menyatakan diri mereka kuat tidak perlu bergantung kepada orang lain terutama orang yang telah meninggal dunia.
"Amanah, kalau mahu bertanding (pada PRU) nanti janganlah bertanding di tempat yang PAS akan bertanding kerana ini akan memberikan tongkat kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena di sini.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas tindakan Amanah, parti serpihan PAS, yang dilaporkan menjaja nama bekas mursyidul am PAS itu dalam ceramah-ceramah parti berkenaan untuk meraih sokongan rakyat.
Amanah pada 9 April lalu menganjurkan seminar ''Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat'' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan susulan itu beberapa laporan polis dibuat terhadap Amanah bagi membantah penggunaan nama bekas menteri besar Kelantan itu.
Selain itu, Amanah turut dikatakan akan bertanding di beberapa kawasan di mana PAS meletakkan calon terutama di Kelantan dan Kedah.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS mengharapkan agar anggota Amanah kembali kepada PAS bagi menguatkan parti berteraskan Islam itu terutama dalam misi mengekalkan Kelantan dan merampas kembali Kedah.
"Rakyat Kedah sudah boleh buat perbandingan antara pemerintahan PAS dan BN dan kita yakin sokongan rakyat terhadap PAS masih kuat di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Abdul Aziz Nik Mat
#Parti Amanah Negara
#PAS
#pilihan raya
#PRU
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan