awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu subsidi, kos sara hidup: 'Umum dalam 24 jam atau letak jawatan!' - PH

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2022
04:35 MYT
Isu subsidi, kos sara hidup: 'Umum dalam 24 jam atau letak jawatan!' - PH
Majlis Presiden PH gesa kerajaan umum sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam atau menteri terbabit perlu letak jawatan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya gagal, menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam isu kos sara hidup wajib meletakkan jawatan.
Itu yang ditegaskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, keadaan rakyat dijangka akan bertambah parah apabila harga barang dilihat bakal meningkat.
Pada ketika ini, kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling.
Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang berkemungkinan meningkat berkali ganda.
Tegas Majlis Presiden PH, ini bukan langkah yang proaktif mahupun bertanggungjawab.
Kata kenyataan itu lagi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur berkali-kali di Parlimen tentang kelewatan majlis tindakan kos sara hidup negara bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu.
Namun, rakyat terus menyaksikan betapa lembabnya tindakan para menteri dalam menangani masalah kos sara hidup.
Semalam, diumumkan subsidi minyak masak tulen berbotol serta harga siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.
Topic Berkaitan
#Majlis Presiden Pakatan Harapan
#Anwar Ibrahim
#subsidi dihapuskan
#pelan tangani masalah kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan