awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jangan siasat peserta perhimpunan aman" - Azmin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/03/2020
03:39 MYT
"Jangan siasat peserta perhimpunan aman" - Azmin
Menurut Azmin, menjadi hak setiap warganegara untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkritik tindakan pihak polis terhadap peserta perhimpunan yang diadakan pada Ahad lalu berhubung lantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Azmin, menjadi hak setiap warganegara untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan penahanan aktivis Datin Paduka Marina Mahathir serta Datuk Ambiga Sreenevasan dan telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan berkenaan.
“Sehubungan ini, saya menyeru pihak berkuasa membenarkan orang ramai menyuarakan pandangan mereka dan tidak membuat siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam protes aman,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka pada Ahada tercetus susulan keadaan krisis politik negara yang bergolak pada minggu lalu dan Azmin merupakan antara individu yang terpalit dalam kemelut terbabit.
Dalam pada itu Azmin turut menyeru penganjur perhimpunan agar melakukan perhimpunan mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman agar tiada sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam dan keselamatan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Azmin Ali
#Dataran Merdeka
#Ketua Polis Negara
#Muhyiddin Yassin
#perhimpunan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan