awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terpengaruh agenda peribadi pemimpin PPBM - Hamzah

Bernama
Bernama
26/11/2016
23:37 MYT
Jangan terpengaruh agenda peribadi pemimpin PPBM - Hamzah
HAMZAH: Kalau (pemimpin) parti baharu itu datang ke kampung untuk menceritakan ia lebih hebat daripada UMNO, jangan percaya.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang didakwa mempunyai kepentingan diri dalam perjuangan mereka.
Beliau berkata pemimpin PPBM seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jelas mempunyai agenda peribadi dan tidak ikhlas dalam perjuangan apabila keluar daripada UMNO.
"Kalau (pemimpin) parti baharu itu datang ke kampung untuk menceritakan ia lebih hebat daripada UMNO, jangan percaya," kata Anggota Parlimen Larut itu kepada pemberita selepas menghadiri majlis Kenduri Kampung di Sekolah Kebangsaan Sri Kurau, Batu Kurau dekat sini, Sabtu.
Beliau berkata UMNO yang ditubuhkan sejak 70 tahun lalu merupakan parti yang sentiasa berusaha memperkasakan dan membela orang Melayu selain berjuang untuk agama dan negara.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut mengumumkan peruntukan bagi pembinaan gelanggang futsal, pemasangan paip air dan untuk kumpulan silat di kampung itu, namun tidak menyatakan jumlahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Mahathir Mohamad
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan