awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jentera penerangan Bersatu sedia hadapi PRU15

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/03/2021
10:05 MYT
Jentera penerangan Bersatu sedia hadapi PRU15
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia juga bagi memastikan jentera penerangan parti dapat bergerak dengan lebih baik. - Gambar fail
IPOH: Jentera penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, Penerangan Bersatu akan terus menganjurkan dialog di beberapa negeri untuk memastikan ahli-ahli parti mendapat maklumat tepat mengenai parti dan isu semasa.
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia juga bagi memastikan jentera penerangan parti dapat bergerak dengan lebih baik.
"Sama ada PRU ada atau tidak, kita memang kena gerakkan jentera penerangan parti, terutama sekali untuk menangkis berita-berita yang semakin lama banyak tersebar yang kebanyakanya tak tepat.
"Malah, ada yang tak betul, berbentuk fitnah pun semakin lama semakin banyak. Jadi, jentera penerangan ni kita gerakkan tanpa mengira bila pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau ditemui selepas program dialog penerangan bersama Bersatu Perak di Ipoh pada Ahad.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Setakat ini dialog penerangan Bersatu telah diadakan di Kedah serta Perak dan akan diadakan di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Jentera Penerangan Bersatu
#Bersatu
#PRU15
#pilihan raya umum
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan