awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jentera UMNO perlu perkukuh keupayaan digital, persiapan hadapi PRU akan datang - Azalina

Bernama
Bernama
26/07/2025
14:45 MYT
Jentera UMNO perlu perkukuh keupayaan digital, persiapan hadapi PRU akan datang - Azalina
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melalui keupayaan itu, UMNO perlu bangkit untuk menutup jurang persepsi rakyat terhadap imej parti. - Foto Facebook Azalina Othman Said
KUANTAN: UMNO perlu menyedari keperluan untuk memperkukuh keupayaan digitalnya bagi menepis fitnah serta menyebarkan fakta melalui media sosial dan telefon pintar, terutama dalam usaha mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melalui keupayaan itu, UMNO perlu bangkit untuk menutup jurang persepsi rakyat terhadap imej parti.
"Selain itu, saya turut memperingatkan bahawa model kerajaan perpaduan atau coalition government merupakan model yang telah diguna pakai oleh UMNO sejak zaman Perikatan dan kemudiannya dengan penubuhan Barisan Nasional.
"Justeru, kedudukan kita dalam kerajaan hari ini bukanlah model yang asing walaupun UMNO bukan peneraju, namun kekal sebagai faktor kestabilan," katanya menerusi hantaran di Facebook selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh hari ini.
Beliau berkata ini kerana dalam Kerajaan MADANI, Barisan Nasional kekal teguh menjadi pelindung dalam mempertahankan asas Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
"Alhamdulillah selepas hampir tiga tahun kerajaan MADANI mentadbir, belum ada pada satu masa pun rakan-rakan dalam gabungan hari ini mempersoalkan perkara tersebut yang juga merupakan sebab utama kerajaan ini stabil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#keupayaan digital
#persiapan PRU
#Azalina Othman Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan