awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Perpaduan: Saya sedia beri tunjuk ajar pada Saifuddin Nasution - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/12/2022
08:06 MYT
Kabinet Perpaduan: Saya sedia beri tunjuk ajar pada Saifuddin Nasution - Hamzah
Hamzah (kiri) ditemui selepas majlis kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan Selama hari ini. - Foto Astro AWANI
LARUT: Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau tiada keberatan untuk memberi tunjuk ajar kepada penggantinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut Hamzah, beliau telah lama mengenali Saifuddin Nasution sejak Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu menjadi Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO dahulu.
“Bukan baru kenal dia. Seperti yang saya tadi, apapun yang kita lakukan, adalah untuk kepentingan negara. 
 
“Kalau sesuatu saya perjuangkan untuk negara, saya boleh berikan perkara-perkara yang saya rasa baik untuk beliau terus perjuangkan,” katanya. 
 
Beliau ditemui selepas majlis kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan Selama, di sini, hari ini.
BACA: 'Satu pengalaman baharu buat saya, tekad mainkan peranan efektif' - Saifuddin 
 
Terdahulu, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan mendapatkan tips atau panduan daripada Hamzah untuk melaksanakan tugasnya. 
 
Menurutnya, beliau menghormati Hamzah selaku bekas Menteri Dalam Negeri selain mempunyai hubungan baik dengannya sejak puluhan tahun yang lalu.
Katanya, ketika dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 2018, beliau juga banyak belajar daripada Hamzah yang menerajui kementerian itu pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Beliau juga banyak belajar daripada beliau dari segi memahami tugas-tugas hakiki kementerian itu dan memahami cabaran-cabarannya.
Kabinet Kerajaan Perpaduan | Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh Perdana Menteri
Sementara itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyifatkan kehadiran enam jemaah menteri daripada Perak adalah sesuatu yang sangat baik.
Sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat adalah wajar Anwar diangkat sebagai hero bagi UMNO Perak.
Topic Berkaitan
#Kabinet Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#Hamzah Zainudin
#Saifuddin Nasution Ismail
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan