awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kehadiran saya di Oktoberfest tak hina sesiapa" - Teresa Kok

Haider Yutim
Haider Yutim
12/10/2014
07:15 MYT
"Kehadiran saya di Oktoberfest tak hina sesiapa" - Teresa Kok
Teresa juga mempertahankan tindakannya memuatnaik fotonya di Facebook ketika di pesta berkenaan.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kehadiran beliau dalam pesta arak Oktoberfest malam tadi tidak menyentuh sensitiviti mana-mana agama.
Katanya acara tersebut merupakan acara bagi orang bukan Islam dan adalah hak peribadinya sebagai seorang yang bukan Islam untuk hadir ke pesta tersebut.
“Mereka kata salah untuk Muslim menghadirinya… (tetapi) saya bukan Muslim. Ia diadakan di tempat tertutup. Dan saya bukan menunjuk-nunjuk,” kata beliau yang juga Naib Pengerusi DAP ketika ditemui di ibupejabat PAS pusat pada Sabtu.
Dalam pada itu Teresa juga mempertahankan tindakannya memuatnaik fotonya di Facebook ketika di pesta berkenaan.
“Adakah mereka katakan saya tidak boleh meletakkan foto perkahwinan… foto ‘yam seng’ di Facebook? Facebook adalah dari saya, bukan Utusan,” tegasnya.
Katanya tidak salah beliau meletakkan gambar tersebut kerana ia merupakan hak kebebasan dirinya dan beliau merasakan tindakan itu tidak menghina mana-mana individu.
Isu pesta kontroversi Oktoberfest menjadi perbualan hangat apabila beberapa pihak melahirkan rasa kecewa apabila papan iklan festival itu dipasang di sekitar Shah Alam.
Festival arak itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel.
Kemuncak pesta tersebut akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
Teresa yang hadir ke pesta tersebut telah mendapat kritikan dari beberapa pihak.
Topic Berkaitan
#arak
#Oktoberfest
#pesta
#seputeh
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan