awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepentingan negara dan rakyat harus jadi matlamat utama kerajaan baharu - Hadi

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
24/05/2018
06:02 MYT
Kepentingan negara dan rakyat harus jadi matlamat utama kerajaan baharu - Hadi
Hadi berharap kepentingan negara dan rakyat terus menjadi agenda utama kerajaan baharu Malaysia, Pakatan Harapan meskipu berbeza ideologi.- BERNAMA
Parti Agama Islam Se-Malaysia (Pas) berharap kerajaan baharu Malaysia, Pakatan Harapan (PH) akan sentiasa meletakkan kepentingan negara dan aspirasi rakyat sebagai agenda utama.
Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun PH terdiri dari pelbagai ideologi namun harapan rakyat perlulah menjadi keutamaan dalam pemerintahan mereka.
“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kewajipan menyelamatkan negara lebih penting daripada segala-galanya.
“Rakyat yang menjadi rukun kepada semua negara hendaklah diutamakan.
“Harapan Rakyat lebih tinggi daripada Pakatan Harapan yang berbeza ideologi dan tujuan itu,” katanya dalam satu kenyataan media parti tersebut.
Dalam pada itu, beliau yang merupakan ahli parlimen Marang turut mengingatkan, Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan pelbagai agama hendaklah terus dipelihara di negara ini.
“Perlembagaan negara yang berkonsepkan Islam Agama Persekutuan, serta kebebasan berbagai agama mengikut sempadan undang-undang hendaklah terus dihormati.
“Ini kerana ia telah lama berjaya mewujudkan keharmonian masyarakat majmuk dalam negara ini serta hak bumiputera dan kaum lain perlu ditangani dengan konsep adil untuk semua,” jelasnya lagi.
Selain itu, Pas berharap sistem federalisma yang diabaikan Barisan Nasional tidak lagi diulangi dalam pemerintahan kerajaan PH.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#aspirasi rakyat
#Atiqah Ismail
#Harapan Rakyat
#Islam agama persekutuan
#kepentingan negara
#Kerajaan Pakatan Harapan
#Parti Agama Islam Se-Malaysia
#PAS
#sistem federalisma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan