awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu siasat dakwaan jatuhkan Menteri Besar - Armada Bersatu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/11/2018
03:51 MYT
Kerajaan perlu siasat dakwaan jatuhkan Menteri Besar - Armada Bersatu
Rakyat telah memberi mandat serta kepercayaan kepada PH dan Sultan Perak juga telah perkenan Ahmad Faizal (gambar) untuk mentadbir Kerajaan Negeri. - BERNAMA/Fail
Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak untuk menyiasat dakwaan kononnya terdapat Exco Kerajaan Negeri cuba menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 
 Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, jika dakwaan itu benar, tindakan tegas mesti diambil dengan memecat atau menggugurkan Exco berkenaan di samping tindakan disiplin oleh kepimpinan parti. 
 Menurut beliau, tindakan mempermainkan rakan-rakan PH dengan berkomplot bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari UMNO untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, adalah satu perbuatan yang tidak boleh dikompromi sama sekali. 
 Katanya, rakyat telah memberi mandat serta kepercayaan kepada PH dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga telah perkenan Ahmad Faizal untuk mentadbir Kerajaan Negeri. 
 "Semua pihak patut berhenti dari menimbulkan perkara-perkara yang tidak berfaedah pada rakyat dengan 'menghidangkan' perbalahan, perpecahan dan adu domba,tidak kira daripada parti politik mana sekalipun jika kita benar-benar bertanggungjawab untuk memulihkan dan membina semula negeri Perak yang kita cintai ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
 Mohd Hafez turut berkata, Armada Bersatu Perak memandang serius dakwaan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad bahawa terdapat usaha di kalangan Exco Kerajaan Negeri yang menawarkan sekurang-kurangnya lima ADUN dari UMNO dengan pelbagai tawaran untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Malaysia Baharu
#MB Perak
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Perak
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan