awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan Anwar bukan masalah untuk tanding presiden - Ahmad Fahmi

Bernama
Bernama
14/07/2018
21:53 MYT
Kesihatan Anwar bukan masalah untuk tanding presiden - Ahmad Fahmi
Anwar kini berada di Turki kerana mendapatkan rawatan kesihatan selepas menjalani pembedahan melibatkan tulang belakang dan bahu di sana. - Gambar fail
Keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan kurang memuaskan bukan masalah besar untuk beliau tampil bertanding bagi jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti penghujung Ogos.
Menyatakan demikian, Anggota Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata Ketua Umum PKR itu kini juga semakin pulih selepas menjalani rawatan di Turki.
"Keadaan kesihatan beliau tidak jadi masalah... kalau dilihat beliau semakin pulih cuma sekarang masih dalam pemantauan doktor," katanya pada pemberita ketika ditemui di Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Lucky Garden, Bangsar, di sini pada Sabtu.
Anwar kini berada di Turki kerana mendapatkan rawatan kesihatan selepas menjalani pembedahan melibatkan tulang belakang dan bahu di sana.
Ahmad Fahmi yang menyokong cadangan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin supaya Anwar bertanding sebagai presiden parti turut bersetuju langkah itu akan membuka laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri ke-8.
Ratusan penduduk sekitar Lembah Pantai menghadiri majlis Aidilfitri itu yang diserikan dengan kehadiran penghuni Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afif Bahardin
#Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
#Anwar Ibrahim
#bertanding
#kesihatan
#Parlimen
#Pembedahan
#pemilihan parti
#Perdana Menteri
#rawatan
#sakit
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan