awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketepi masalah remeh, perkukuh saf untuk kembali terajui Selangor - Zahid

Bernama
Bernama
19/03/2018
22:05 MYT
Ketepi masalah remeh, perkukuh saf untuk kembali terajui Selangor - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Kenduri Rakyat di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, 19 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) Selangor perlu mengetepikan masalah remeh-temeh dan memperkukuh saf kepimpinan anggota komponennya untuk mencapai misi menerajui semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dan yang ketiga di garisan penamat nanti, pastikan bahawa kita berikan yang terbaik untuk rakyat," kata timbalan perdana menteri semasa berucap pada majlis Kenduri Rakyat di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, dekat sin, malam ini.
Katanya, jika ketiga-tiga perkara ini dititikberatkan, BN akan kembali menerajui Selangor selepas dua penggal terlepas kepada pembangkang.
Timbalan pengerusi BN itu menegaskan parti komponen BN di negeri itu perlu bekerja sebagai satu pasukan di bawah panji BN dalam menghadapi PRU14 akan datang.
Ahmad Zahid seterusnya berkata BN mempunyai potensi besar untuk merampas kembali kerusi yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu selain menambah bilangan undi di kerusi yang dikuasainya.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat cadangan pembinaan Masjid Darul Ulum, Kampung Matang Pagar yang baharu bernilai RM5 juta yang akan dibina di atas tapak masjid lama.
Pembinaan masjid itu dijangka bermula Julai ini dan siap awal 2020 dan ia mampu memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Tan Sri Noh Omar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#pembangkang
#pilihan raya umum
#PRU14
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan