awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu diumum tidak lama lagi?

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2022
16:54 MYT
Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu diumum tidak lama lagi?
Asri tidak hadir hadir dalam pertemuan itu dan difahamkan beliau dalam tempoh bercuti. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu dijangka akan dilantik tidak lama lagi bagi menggantikan Datuk Seri Asri Hamidin.
Memetik laporan New Straits Times, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengumumkan secara khusus bahawa Asri akan diganti, beliau membuat kenyataan merujuk kepada perkara itu
Beliau dilapor berkata, peranan penasihat Kementerian Kewangan baharu akan ditentukan selepas rundingan dengan pegawai kanan kementerian dan Ketua Setiausaha kementerian baharu.
Anwar berkata demikian dalam sidang akhbar secara rasmi selepas memulakan tugas di Kementerian Kewangan pada Selasa.
Asri tidak hadir hadir dalam pertemuan itu dan difahamkan beliau dalam tempoh bercuti.
Mengenai penasihat, Perdana Menteri berkata beliau akan membincangkan peranan mereka dengan bekas Presiden Petronas dan Ketua Eksekutif Tan Sri Mohd Hassan Marican.
“Saya perlu berbincang dengan Hassan syarat rujukan, parameter dan keutamaan penasihat,” katanya.
Ketika mengumumkan Kabinetnya minggu lalu, Anwar memaklumkan pasukan penasihat untuk membantunya sebagai menteri kewangan akan dibentuk yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PM10
#Ketua Setiausaha Perbendaharaan
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan