awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy akan 'dikerat' Zahid jika rakyat undi calon BN di Sungai Buloh - Rafizi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/11/2022
06:03 MYT
Khairy akan 'dikerat' Zahid jika rakyat undi calon BN di Sungai Buloh - Rafizi
Rafizi Ramli yakin Khairy Jamaluddin akan 'dikerat' oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika parti itu menang di Sungai Buloh dan peringkat persekutuan. - Astro AWANI
PETALING JAYA : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yakin calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khairy Jamaluddin akan 'dikerat' oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika parti itu menang di Sungai Buloh dan peringkat persekutuan.
Justeru, beliau berharap pengundi di Sungai Buloh memahami bahawa memahami perkara itu kerana satu undi untuk Khairy Jamaluddin adalah sama dengan satu undi untuk Zahid.
Malah, dengan kemenangan itu, Zahid katanya akan mencantas Khairy yang disifatkan sebagai ancaman utama Presiden UMNO berkenaan.
"Kalau Zahid dan UMNO menang dan menyumbang kepada UMNO satu kerusi lagi, sehingga membolehkan UMNO jadi kerajaan. Saya nak pengundi Sungai Buloh faham bahawa KJ akan kena 'kerat' kerana saya tidak nampak kalau UMNO menang, Zahid akan benarkan KJ untuk berkembang di UMNO sebab KJ adalah ancaman terbesar kepada Zahid," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, katanya, tidak salah untuk pengundi untuk mendekati Khairy, namun mereka diingatkan agar tidak sesekali memberi undi kepada Zahid.
"Saya tahu pengundi Sungai Buloh berada dalam dilema, dan saya harap saya akan kurangkan dilema itu. Saya harap anda mengundi untuk perubahan di peringkat Persekutuan, anda boleh ambil gambar, senyum dengan KJ, namun jangan undi dia kerana ia seperti memberi undi kepada Zahid untuk 'kerat' KJ. Kalau UMNO menang, Zahid jadi Perdana Menteri, dan KJ is gone," tegasnya.
Ketika ini, Khairy telah memulakan jelajah kempennya di Sungai Buloh bagi mendekati pengundi di Parlimen yang merupakan kubu kuat PKR itu.
Khairy antara lain akan menumpukan kepada isu-isu seperti kos sara hidup, perumahan, akses kesihatan, kesesakan trafik, pengangkutan awam, banjir dan alam sekitar di Sungai Buloh.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Zahid Hamidi
#Rafizi Ramli
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan