awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid sedia disiasat isu bayaran RM2.6 juta kepada bekas staf PMB

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
28/11/2014
12:04 MYT
Khalid sedia disiasat isu bayaran RM2.6 juta kepada bekas staf PMB
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan penyiasatan ke atasnya berhubung isu wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan PMB.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan siasatan ke atasnya berhubung isu wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan Perbadanan Menteri Besar (PMB).
Perkara ini diumumkan peguam Tan Poh Yee daripada syarikat guaman Bon Advocates yang mewakili Abdul Khalid.
Tan berkata Abdul Khalid akan bekerjasama dengan apa-apa persoalan yang mungkin timbul semasa proses penyiasatan, termasuk siasatan yang sedang dilakukan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor.
Tan menjelaskan bahawa langkah itu adalah satu amalan kerja yang biasa apabila persetujuan dicapai untuk menamatkan kontrak pekerja lebih awal, dengan memperuntukkan sejumlah wang yang dipersetujui sebagai pampasan.
“Jumlah itu biasanya merupakan bayaran untuk tempoh kontrak yang masih berbaki dan bayaran ex-gratia untuk perkhidmatan yang sudah diberikan mengikut budi bicara.
“Di dalam kes ini, Setiausaha Negeri Selangor dan pegawai kewangan Negeri Selangor merupakan sebahagian daripada proses membuat keputusan,” katanya di dalam satu kenyataan.
Dilaporkan kerajaan negeri Selangor telah membayar RM2.6 juta kepada pembantu mantan menteri besar yang juga pengerusi PMB sebelum beliau meletak jawatan.
Turut dilaporkan, jumlah terbesar bayaran diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri itu.
Topic Berkaitan
#abdul khalid
#pampasan
#RM2.6 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan