awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ku Li saran Mesyuarat Khas Parlimen dipanjangkan

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2021
23:19 MYT
Ku Li saran Mesyuarat Khas Parlimen dipanjangkan
Ku Li mengesyorkan agar persidangan Dewan Rakyat dilanjutkan bagi membolehkan Ahli Parlimen membincangkan semula isu pembatalan Ordinan Darurat berkenaan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan agar persidangan Dewan Rakyat dilanjutkan bagi membolehkan Ahli Parlimen membincangkan semula isu pembatalan Ordinan Darurat berkenaan.
"Saya rasa ini adalah satu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan, tetapi juga apa yang dilakukan kerajaan itu menimbulkan kemurkaan Tuanku walaupun Baginda telah memberi pandangan supaya kita bincang hal ini, sama ada diluluskan pembatalannya.
"Maka elok perkara ini dilakukan semula dan sepatutnya sidang Parlimen dilanjutkan bagi memberi peluang kepada Ahli Parlimen menyuarakan pendapat rakyat tentang baik buruk Ordinan Darurat yang dipakai sekarang," ujarnya.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberi jaminan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan disambung semula pada jam 10 pagi, Isnin ini.
BACA: Dua lagi kes baharu COVID-19 dikesan, sidang Dewan Rakyat ditangguh, disambung Isnin
BACA: COVID-19: 11 kes baharu, semua disaran jalani ujian sebelum sesi minggu depan
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula Isnin lalu sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.
Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta memakai pelitup muka.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Gua Musang
#Parlimen
#Tengku Razaleigh Hamzah
#pelitup muka
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan