awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan cuba singkir Mukhriz adalah penyebab UMNO kalah di Kedah pada 2008 - Tun M

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2016
12:31 MYT
Kumpulan cuba singkir Mukhriz adalah penyebab UMNO kalah di Kedah pada 2008 - Tun M
MAHATHIR: Saya tidak katakan ia tidak dibenarkan tetapi mereka perlu menanggung akibatnya.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa kumpulan yang cuba menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah merupakan kumpulan sama yang menyebabkan UMNO kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.
Sambil menyifatkan tindakan mendesak Mukhriz digantikan itu sebagai 'amat bersifat politik', Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri menasihatkan kepimpinan UMNO agar merujuk kepada pemimpin akar umbi sekiranya tidak ingin sejarah sama berulang.
"Saya tidak katakan ia tidak dibenarkan tetapi mereka perlu menanggung akibatnya. Ambil kira juga pandangan rakyat. Mereka yang mahu singkirkan Menteri Besar ini, mereka yang tidak memberi reputasi yang baik untuk negeri, mereka yang membawa kekalahan Kedah kepada PAS.
"Negeri ini tidak pernah diperintah oleh parti pembangkang. Di bawah pimpinan mereka ini untuk kali pertama, Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Jadi jika mereka ambil alih Kedah, mereka akan kalah pada PRU akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Global Doctors Clinic, satu rangkaian perkhidmatan perubatan antarabangsa di sini.
Ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mukhriz, katanya: "Dalam politik, apa saja boleh berlaku. Tidak ada apa-apa yang kekal.. kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh bertukar menjadi kawan."
Pada Rabu lepas, Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta beberapa pemimpin dari 15 ketua bahagian UMNO, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen dari Kedah dalam satu sidang media menuntut penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar berikutan kehilangan keyakinan mereka terhadap beliau.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#politik
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan