awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang undi popular: Malaysia tidak amal 'Presidential Election' - Ahmad Maslan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/03/2022
08:11 MYT
Kurang undi popular: Malaysia tidak amal 'Presidential Election' - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan pada sidang media berikutan Perhimpuan Agung UMNO 2021 yang akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur. - Foto ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat seolah-olah ‘kurang senang’ dengan kenyataan mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya bukan pilihan rakyat Johor kerana undi popular tidak memihak kepada mereka.
Tegas Ahmad, demokrasi di Malaysia berlandaskan sistem ‘first past the post’ dan bukan ‘presidential election’ seperti di Amerika Syarikat.
Menurutnya, sejak beberapa hari lepas, ada beberapa pihak juga mempertikaikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malah mengaitkannya dengan jumlah peratusan mengundi yang rendah pula.
“Dalam konteks demokrasi, orang yang tidak mengundi tak pernah dihalang untuk keluar. Siapa suruh dia tak keluar?
“Mereka yang tak keluar mengundi hendaklah terima keputusan mereka yang telah mengundi. Itu adalah sistem demokrasi di Malaysia.
“Analisa kata kalau ramai keluar mengundi, tak mungkin BN menang. Siapa suruh kau tak nak keluar mengundi? Itu saja yang saya nak tanya mereka.
“Tiada siapa halang mereka daripada tak keluar mengundi. Yalah…mereka dah kalah, mereka carilah alasan. Kalah tu kalahlah,” katanya.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Begitupun, tegas beliau, BN tidak mendabik dada dengan kemenangan di Johor sebaliknya akan sentiasa memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini pada Isnin.
[TERKINI] Sidang Media Perhimpunan Agung UMNO 2021
Dalam pada itu, Ahmad berkata seramai 5,571 perwakilan dari seluruh negara akan menghadiri PAU2021 pada 16 Mac hingga 19 Mac ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan menyampaikan ucapan dasar pada 18 Mac di hadapan 2,680 perwakilan.
Tegas Ahmad, meskipun tidak dilakukan secara hibrid namun segala prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dipatuhi sebaiknya termasuk menggunakan beberapa dewan bagi mengamalkan penjarakan fizikal.
“Kita juga akan mengadakan satu majlis penyampaian anugerah keapda Tokoh UMNO Negeri. Ini kali pertama diadakan selepas Ucapan Dasar Presiden,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Barisan Nasional
#BN
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PRN Johor
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan