awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan jawatan senator bukan fokus utama - Husam

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2018
04:27 MYT
Lantikan jawatan senator bukan fokus utama - Husam
Husam berkata, persoalan seorang wakil Harapan dari Kelantan dilantik menjadi senator dan diberi jawatan menteri atau timbalan menteri adalah keputusan Perdana Menteri. - Gambar fail
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa belum memikirkan soal sama ada akan dilantik sebagai senator dan diberi jawatan dalam Kabinet buat masa ini.
Husam berkata, saat ini tumpuannya adalah untuk membantu mengukuhkan kedudukan kerajaan dan menyelesaikan beberapa masalah dalam negara.
"Mengenai kedudukan peribadi, termasuk pelantikan itu, boleh kita kemudiankan buat sementara ini.
"Sekarang ini kita sama-sama memberi fokus menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang mempunyai agenda besar bagi membangunkan negara ke arah Malaysia baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian pejabat operasi Amanah Antara Kaum dan penyerahan borang keahlian serta penubuhan cawangan kawasan Tanah Merah, di sini, malam tadi.
Majlis disempurnakan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan turut dihadiri Tokoh Agama Amanah Negeri, Nik Omar Nik Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan Kelantan, Tan Ah Wang.
Husam yang juga Naib Presiden Amanah berkata, persoalan seorang wakil Harapan dari Kelantan dilantik menjadi senator dan diberi jawatan menteri atau timbalan menteri adalah keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita percaya Tun Mahathir bersama-sama rakan dalam Kabinet akan mengumumkan perkara itu bukan hanya di Kelantan malah di negeri lain yang dikuasai pembangkang selepas penyusunan kerajaan berjalan lancar," katanya.
Topic Berkaitan
#Husam Musa
#jawatan
#kabinet
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#senator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan