awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan 16 bekas anggota UMNO cabar kesahihan parti

Bernama
Bernama
27/04/2018
07:21 MYT
Mahkamah tolak permohonan 16 bekas anggota UMNO cabar kesahihan parti
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla (dua, kiri) mewakili 16 orang yang mendakwa mereka ahli UMNO, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto Sinar Harian
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 16 bekas anggota UMNO untuk mencabar kesahihan parti itu kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam tempoh ditetapkan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan UMNO, dan menegaskan keputusan sesebuah parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah.
Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan 16 individu berkenaan selaku pemohon.
Shamsul mewakili Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selaku responden pertama manakala Datuk Ab Rauf Yusoh dinamakan responden kedua, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam UMNO.
Kamaludin dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 terpakai dan ia mengecualikan bidang kuasa mahkamah dalam perkara membabitkan pertikaian antara anggota sesebuah parti politik.
BACA: 16 ahli cabar kesahihan UMNO di mahkamah
BACA: UMNO siasat dahulu keahlian
BACA: 16 ahli UMNO dipecat, heret hal parti ke mahkamah
BACA: Tindakan tegas terhadap ahli UMNO yang sabotaj - Annuar Musa
Beliau berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu oleh kerana Seksyen 18C mengetepikan bidang kuasa mahkamah.
Topic Berkaitan
#anggota
#bantahan awal
#bidang kuasa
#cabar
#Jabatan Peguam Negara
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#keahlian
#kesahihan
#mahkamah
#Mahkamah Tinggi
#parti
#Perlembagaan UMNO
#permohonan
#ros
#semakan kehakiman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan