awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Selangor: Kenyataan Istana beri jawapan kepada surat PKR ditarik balik

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2014
15:38 MYT
MB Selangor: Kenyataan Istana beri jawapan kepada surat PKR ditarik balik
Kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - Foto HIEKAL ROSLI
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari mengesahkan telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan menteri besar Selangor yang baharu tetapi menarik semula kenyataannya sejurus dikeluarkan.
Menerusi satu kenyataan media awal yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, selain dari mengesahkan menerima surat jawapan dari Istana, kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Surat bertarikh 14 Ogos itu turut dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah oleh 30 anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk mengambil alih jawatan menteri besar yang baru.
Bagaimanapun belum lama kenyataan Saifuddin itu diedarkan, muncul kenyataan kedua oleh Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil yang memaklumkan kenyataan itu belum dimuktamadkan, justeru ia ditarik balik.
“Harap maklum teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan. Ianya adalah ditarik balik, dan berstatus tidak sah digunakan.
Fahmi juga berharap kenyataan Saiffudin itu tidak digunakan dan memohon maaf terhadap kesulitan yang timbul.
Parti itu dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam jangkamasa terdekat.
Topic Berkaitan
#DAP
#Istana
#MB
#Mustafa Ali
#PAS
#PKR
#politik
#Saifuddin
#Selangor
#Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan